30 December 2011

Menjelang akhir 2011

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Salam.. Tak sangka, hari-hari penuaan manusia zaman sekarang semakin beredar dengan pantasnya.. Entah-entah bila kedipkan mata dua tiga kali lagi dah berada di alam kita menjadi tua. Kalau tak sempat tua, mungkin disapa Mungkar dan Nakir. Siapa tahu? Teringat bait-bait syair seorang penyair Arab (Zuhair bin Abi Salma-Hikmah),

"aku sudah bosan menanggung taklifan kehidupan,
dan aku sudah melalui kehidupan ini selama 80tahun,
tiada lagi teman-teman seangkatanku dan tiada pula ayahku,
aku mngetahui mengetahui ilmu di hari ini, semalam dan esok pula menjadi rahsia,
aku melihat maut menimpa tanpa dipinta,
sesiapa ditimpanya berakhirlah hidupnya,
dan barangsiapa terlepas, hiduplah ia dengan umur yang panjang"

 Begitulah lebih kurangmaksudnya yang saya terjemahkan dengan pemahaman sendiri.. Dan lagi satu rangkap syairnya dalam qasidah yang sama,

ومن هاب أسباب المنايا ينلنه # ولو رام أسباب السماء بسلّم

"Barang siapa yang takut akan kematian maka sesungguhnya ia akan mengalaminya ataupun dia pergi menuju langit dengan tangga"




P/s: Saya nak kahwin jugak! :P

29 December 2011

Saya mula bela burung~

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

 Klik dapat RM1. Tak percaya? Cubalahh!!!

Jom ramai-ramai klik. Tolong ye! Tolong saya bagi anak-anak burung ni makan :D Ngee~




P/s: Mak burung tak cukup makan, anak-anaknya apatah lagi:(

02 December 2011

Lima hari menghilang~

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Selesai jualah Kem Tahfiz dan Motivasi al-Quran selama lima hari di Surau Rantau Petronas. Alhamdulillah, berkat usaha dan keringat fasilitator yang dipanggil mursyeedat dan mursyideen yang lain saya kira kem ini dalam kategori berjaya. :) Bukanlah saya ukur berjaya itu dari segi hafazan adik-adik mencecah 20 atau 30 juzuk akan tetapi, berjayanya kerana tautan ukhwah yang kami rasakan eratnya.. Alhamdulillah.

Walaupun pada awalnya, kami seakan-akan tak serasi antara satu sama lain, Allah memudahkan perjalanan program kami. Mungkin berkat keikhlasan para peserta dan para fasilitator, program ini berjalan dengan baik. Alhamdulillah a'la kulli haal.

Mungkin sedikit makluman pengisian program yang kami bawakan ialah;

1- Pembentangan asbabul nuzul

2- Riadhah bermodul

3- Malam kebudayaan bertemakan "al-Quran"

4- 'Group binding' (LDK)

5- Sesi 'sharing moments'

6- Mengasah kreativiti melalui aktivi Bina'ul iman dll.

Komen saya tentang adik-adik, yup mereka sangat comel dan ‘sweet’. Hehe. Seronok bersama dengan ahli kumpulan sendiri (Khadijah) dan kumpulan-kumpulan lain (Mariam dan Balqis)

Dan saya juga yaqin, mereka pun rasa saya comel. :P (pasan jap) dan semoga ukhwah yang terjalin selama lima hari ini, tak terputus walau hanya untuk lima saat sekalipun. May Allah blessings always with us, amen.

Dan seperti biasa, sajian gambar-gambar untuk anda ambil ‘feeling’ sikit.


Agak-agak, dia ada tertelan lalat tak?hihi




 Sape lar Mursyeedah budak-budak ni.. Tett..:p

Sep-sep Mariam


Ni sebenarnya bukti ada budak main tipu.. :P

 Cett.. Layan perasaan kejaplah..





Sebelum balik, singgah membeli keropok losong.. Perghh.. Lama sangat menanti Syed Mohamad belikan. Sejam lebih kot menunggu~ 
Kerana mu keropok losong!


Kemaman dalam kenangan~ sob2..

p/s: Masih punya janji yang tak tertunai! Mimpi main bowling :P

05 October 2011

Luruskan lidah

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Luruskan lidah bukan beerti main cakap aje.. Tolong jangan cakap semborono. Ok

02 August 2011

Kembara Ikhlas: Catatan perjalanan dari Shah Alam ke Takbai.

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..


14hb Julai, jam 8.30 malam saya dan Ustazah Hazlina bertolak dari Shah Alam menaiki bas laluan Shah Alam-Pengkalan Kubor. Keesokan harinya kira-kira jam 5.30 pagi kami tiba di Pengkalan Kubor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sembilan jam itu seakan-akan terlalu singkat kerana perjalanan kami diisi diskusi-diskusi hebat dan hangat mengenai para remaja dan juga teknik perniagaan ustazah Hazlina. Alhamdulilah dapat mencedok berguni-guni ilmu secara tidak langsung. Benarlah kata Rasulullah, bermusafir juga adalah salah satu cara yang boleh diguna pakai untuk mencari ilmu. Dan sangat bertepatan juga dengan adat dan kebiasaan para alim ulamak yang terdahulu yang bermusafir demi mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.

15hb Julai, jam 5.30 pagi tiba di Pengkalan Kubor, terus bersiap-siap dan solat sebelum melangkah ke seberang. Perjalanan menaiki bot selama 3 minit itu sungguh menggamit rasa. Sudah cukup untuk membuat mata ini terpugau dan merasa kagum dengan lukisan Allah. Sungguh indah. Kami tiba sekitar 7.00 pagi waktu tempatan (8.00 pagi waktu Malaysia - agar sukar juga membiasakan diri untuk lambat sejam!) di seberang Takbai dan kelihatan pejabat kastam Malaysia di seberang sunyi sepi setelah kami tinggalkan sebentar tadi. Seusai prosedur pendaftaran di pejabat imegresen Takbai, kami dibawa ke kedai berhampiran dan dihidangkan dengan nasi di pagi hari. 


 The arrival ;)
Nampak pendek je dia ni~ 


Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat program, kami dibawa ke rumah tumpangan milik saudara seorang Ustaz Ayata ini. Rumah yang sangat unik, memiliki unsur-unsur ukiran dan ruang tamu Arab yang indah. Sempat tertidur sebentar selepas bertegur sapa dengan isteri Ustaz tersebut, yang ingin dipanggil 'Moksu' walau usianya masih dalam lingkungan 30-an.


Setelah tiba di sekolah Nuruddin milik Ayata, kami terpaksa melunaskan dua sesi untuk diisi sepanjang hari. Sesi pertama dengan ibu-ibu pelajar dan penduduk wanita di kawasan yang berdekatan dan sesi kedua bersama murid-murid perempuan sekolah Nuruddin tersebut. Alhamdulillah, kehadiran para ibu yang sangat ramai (500 lebih) membuatkan semangat kami tambah berkobar dan cuba untuk memberikan yang terbaik buat mereka yang hadir. Isi pokok yang disampaikan Ustazah Hazlina adalah bagaimana mendidik anak-anak supaya soleh adalah dengan menjadi ibu solehah terlebih dahulu. Para hadirin diberikan secawan air sebelum diajar membaca doa-doa pelembut hati yang diambil dari potongan-potongan ayat al-Quran bagi melembutkan hati ibu-ibu sendiri dan anak-anak mereka di rumah. 



Tetiba aku dapat gelaran Jamilah (adik Thaksin)

Lupa apa nama masjid ni. Tapi, serious lawa!

Thailand memang 'heaven' makanan.. Penuh perut tak terhabis makan.. Banyak sangat!

Ni pantai Narathiwat, salah satu tempat pengeboman yang sering berlaku

Di jeti.. Singgah dulu sebelum balik!



P/s: Kalau ada sumur di ladang, bolehla saya menumpang mandi,
Kalaulah umur saya panjang, teringin nak bertandang lagi~
Takbai oh Takbai..



14 July 2011

Kenapa berat menyebut nama Allah

Bismillah.. Ya Allah, andainya kecintaan pada dunia menjarakkan aku dari-Mu, maka jauhkanlah dunia dari aku.. Sesungguhnya, aku mahu selalu dekat dengan-Mu Ya Allah..

Di suatu saat, kita pasti dikembalikan ke pangkuan Tuhan. Lantas, dosa apakah yang menghalang kita dari menyebut-nyebut nama Allah? Berzikir-zikir dan mengalunkan rasa syukur pada Allah yang selalu memberi sebelum sempat kita meminta. Yang memberi tanpa pernah berkira. Yang memberi dengan percuma.. Tak terhitung banyaknya dosa, tapi dia masih menanti-nantikan kehadiran, permintaan dari seorang hamba yang berdosa, seorang hamba yang hina..

Allah.....


Allah....



Allah....




Allah....





Allah....




Rasai keindahan bibirmu saat menyebut nama Allah yang mulia dan suci..